Friday 17 February 2012

♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡

♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve
……. , . – . – , _ , …….
……… ) ` – . . ‘ `( …….
…….. / . . . .`\ . . \ ……..
…….. |. . . . . |. . .| …… ℒℴve
……… \ . . . ./ . ./ ………
……….. `=(\ /.=` ………
…………. `-;`.-’ ………… ♡ ℒℴve
…………… `)| … , ……..
……………. || _.-’| ……..
…………. ,_|| \_,/ ……..ℒℴve
……. , ….. \|| .’ …………
……. |\ |\ ,. ||/ ………….
…. ,..\` | /|.,|Y\, ………… ℒℴve ♡
….. ‘-…’-._..\||/ ………….
……… _.-`Y| …………..
………….. ,_|| ……………
……………. \|| ………..♡ ℒℴve
…………….. || ……….
…………….. || ………..
…………….. |/ ……ℒℴve ♡

*♥* Berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah NAFSU dan mawarnya adalah KESUCIAN. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka TIDAK menyedari diri mereka telah tertusuk duri cinta. CINTA SEJATI fitrah insani yang terpelihara adalah cinta yang bisa menghulurkan TANGAN untuk memetik mawar TANPA tertusuk duri-durinya *♥*
♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve ♡ ℒℴve

Sunday 5 February 2012

Air Mata Seorang Lelaki..


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

KU PINTA KAU DALAM MIHRAB CINTAKU

Jika diriku mencintaimu kerana ketampananmu,
Jangan salahkan aku kalau aku beralih,
pada yang lebih tampan darimu.

Jika diriku mencintaimu kerana hartamu,
Jangan salahkan aku kalau aku meniggalkanmu,
bila hartamu mulai sirna pada pandanganku.

Jika aku mencin
taimu kerana kedudukanmu,
Jangan salahkan aku kalau aku memilih,
yang lebih tinggi kedudukannya darimu.

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya
ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yan
g lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..♥
Aamiin ya Rabb..

Friday 3 February 2012

Selawat Ke atas Nabi...


ﻳﺎ ﻧﺒﻲ ﺳﻼَﻡٌ ﻋﻠﻴﻚ َ
ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺳﻼَﻡٌ ﻋﻠﻴﻚَ
ﻳﺎ ﺣﺒﻴﺐُ ﺳﻼَﻡُ ﻋﻠﻴﻚَ
ﺻﻠﻮﺍﺕُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋﻠﻴﻚَ
ﺃَﺷﺮَﻕَ ﺍﻟﺒﺪْﺭُ ﻋﻠﻴﻨﺎ
ﻓﺎﺧﺘﻔﺖْ ﻣﻨﻪُ ﺍﻟﺒﺪُﻭﺭُ
ﻣﺜﻞَ ﺣﺴﻨﻚَ ﻣﺎ ﺭَﺃَﻳﻨﺎ
ﻗﻂُّ ﻳﺎ ﻭَﺟﻪَ ﺍﻟﺴﺮُﻭﺭِ
ﺃَﻧﺖَ ﺷـَﻤﺲٌ ﺃَﻧﺖَ ﺑﺪﺭٌ
ﺃَﻧﺖَ ﻧﻮﺭٌ ﻓﻮْﻕَ ﻧﻮﺭِ
ﺃَﻧﺖَ ﺍِﻛﺴﻴﺮٌ ﻭَﻏﺎﻟﻲ
ﺃَﻧﺖَ ﻣﺼﺒﺎﺡُ ﺍﻟﺼﺪُﻭﺭِ
ﻳﺎ ﺣﺒﻴﺒﻲ ﻳﺎ ﻣﺤﻤﺪ
ﻳﺎ ﻋﺮﻭﺱَ ﺍﻟﺨﺎﻓﻘﻴﻦِ
ﻳﺎ ﻣﺆَﻳﺪﻳﺎ ﻣﻤﺠﺪ
ﻳﺎ ﺇِﻣﺎﻡَ ﺍﻟﻘﺒﻠﺘﻴﻦِ
ﻣﻦْ ﺭَّﺃَﻯ ﻭَﺟﻬﻚَ ﻳﺴﻌﺪ
ﻳﺎ ﻛﺮِﻳﻢَ ﺍﻟﻮَﺍﻟﺪَﻳﻦِ
ﺣﻮْﺿﻚَ ﺍﻟﺼﻔﻰ ﺍﻟـﻤﺒﺮﺩ
ﻭﺭْﺩُﻧﺎ ﻳﻮﻣﺎ ﺍﻟﻨﺸﻮﺭِ
ﻋﺎﻟﻢُ ﺍﻟﺴﺮِّ ﻭَﺃَﺧﻔﻰ
ﻣﺴﺘﺠﻴﺐُ ﺍﻟﺪَّﻋﻮَﺍﺕِ
ﺭَﺏِّ ﺍِﺭْﺣﻤﻨﺎ ﺟﻤﻴﻌﺎ
ﺑﺠﻤﻴﻊِ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﺎﺕِ
ﻭَﺻﻼَﺓُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋﻠﻰ ﺃﺣﻤﺪ
ﻋﺪَّ ﺗﺤﺮﻳﺮِ ﺍﻟﺴﻄﻮﺭِ
ﺃَﺣﻤﺪُ ﺍﻟﻬﺎﺩِﻯ ﻣﺤﻤﺪ
ﺻﺎﺣﺐُ ﺍﻟﻮَﺟﻪِ ﺍﻟـﻤﻨﻴﺮِ

Lelaki Yang baik...........


Lelaki baik itu seperti awan 
Lelaki baik itu sudah tentu seorang yang tenang. Walaupun laju dia bertindak , dia tetap tenang. Dan juga perlahannya dia beraksi , ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .
Ketenangan itu simbolik awan. Mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang . Apabila lelaki baik itu berjalan, atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .
Aku tidak hairan dengan falsafah ini . Malah, aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku. Awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .

Apabila awan bercinta 
Apabila seseorang lelaki baik itu bercinta, tak ubah seperti awan yang bercinta. Aku hairan yang bukan sedikit. Kening aku naik perlahan . Dia sambung kembali .
Awan itu isipadunya ialah wap air yang ketumpatannya rendah. Isipadunya sangat besar . Dengan izin tuhan , dia terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . Kagumnya ciptaan tuhan ini , sifatnya yang sangat cintakan bumi Cinta si awan kepada si bumi ialah dengan melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya kecuali dengan pengiraan yang maha bijaksana yang serba tepat. Cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi ; menyucikan jasad kotor .
Namun , cinta si awan kepada si bumi sangat mahal nilainya. Sifatnya yang gemar terapung-apung ; melarikan diri daripada bumi yang di bawah. Hadirnya cinta si awan itu hanya apabila isipadu airnya sudah mula berat ; berteriak menyahut panggilan graviti untuk bercumbu dengan cinta si bumi .
Apabila nilai isipadu wap air hujan itu telah disahkan oleh piawaian tuhan yang satu, jasad awan jatuh ke bumi dalam bentuk sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangannya di atas langit. Itu cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya
Lelaki baik itu gemar larikan diri 
Sama seperti awan dan apabila seorang lelaki baik itu bercinta, datangnya cinta itu berbisik ke hatinya , lelaki baik itu lari. Lari dengan wajah yang tenang, menjarakkan diri daripada cinta seorang perempuan .
Lelaki baik itu terapung-apung dengan rendah diri, mengumpul ilmu untuk meningkatkan isipadu imannya ; tidak mahu menyentuh kulit halus si perempuan dan tidak akan sama sekali menghidupkan rindu yang lama kelamaannya berputik kepada zina hati .
Lelaki baik mendekatkan diri kepada cintanya dengan akad nikah
Datangnya seorang lelaki baik itu kepada cinta seorang perempuan. Membawa harapan yang isipadunya cukup sarat untuk dicurahkan fitrah yang dicipta Tuhan yang maha Esa .
Kontrak persetujuan tuhan ditandatangani untuk mendapat keizinan daripadaNya maka tersulamlah cinta yang diberkati tuhan antara lelaki baik dan pasangan fitrahnya .
Aku kagum. Kagum dengan falsafah awan putih yang berada di tangannya .
Bukan sedikit kagum itu sehinggakan hati ku mula membesar dengan semangat mahu memenuhi isipadu iman dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan mencipta ketumpatan rendah diri agar aku bisa melarikan diri daripada cinta seorang perempuan .
Ingat aku, awan tidak selalu serupa dan suka terbang jauh, mungkin malu dengan cinta, ia akan berani dekati cinta apabila tiba satu saat yang dia sudah bersedia kongsikan air hujannya ..Lelaki baik itu pemalu ? yang pastinya dia lelaki yang tahu malu dengan tuhannya .
Dan apabila lelaki baik itu bercinta......aku bersalam dengan awan . Masih lagi senyum sampai sekarang :)